Senin, 26 Januari 2009

UVERworld

UVERworld merupakan sebuah kumpulan J-rock/J-pop di bawah label Sony. Ahli-ahli kumpulan ini berasal dari Shiga, Kansai, Jepun. TAKUYA∞ merupakan peneraju utama kumpulan ini kerana dialah yang menulis lirik, vokalis, dan berupaya bermain berbagai jenis alat muzik. Nama UVERworld ini berasal dari gabungan perkataan 'über' dan 'over' serta 'world' yang membawa maksud kepada mereka sebagai 'melangkaui dunia mereka sendiri'. Maskot mereka yang digunakan dalam tiga single pertama dan album pertama mereka merupakan sesuatu yang unik dan telah mendapat perhatian orang ramai terutamanya peminat mereka. Maskot yang dinamakan UVER-chan hasil ciptaan David Horvath merupakan gabungan beruang dan kelawar. UVER-chan setakat ini diketahui mempunyai lima warna: merah jambu, hijau, jingga, biru dan putih. Bagi single mereka yang keempat hingga keenam dan album kedua mereka, BUGRIGHT, ilustrasi oleh Wake Up telah digunakan.

Kumpulan ini pada asalnya ditubuhkan pada bulan Jun 2002 dengan nama Sangoku Road (さんごくロード / Sound Goku Road) dan terdiri daripada tujuh ahli, Ace∞Trigger, Katsuya, Akira, Nobuto, Shintarou, Seika dan seorang lagi vokalis. Pada tahun 2003, pemain sax, Seika dan seorang lagi vokalis tersebut telah meninggalkan kumpulan tersebut. Daripada detik tersebut, ahli yang tinggal telah mengambil keputusan untuk mengubah nama kumpulan mereka. Maka, wujudlah sebuah kumpulan dengan nama UVERworld yang terdiri daripada lima orang ahli dan diketuai oleh Katsuya. Walaupun telah meninggalkan kumpulan tersebut, Seika telah dijemput untuk bersama-sama membuat persembahan dan turut menyumbang usaha dalam pembuatan lagu Yasashisa no Shizuku dari album pertama mereka, Timeless.

Pada tahun yang sama, mereka telah menghasilkan CD demo yang telah berjaya dijual sebanyak 3 000 salinan. Pada tahun 2005 pula, mereka telah diterima masuk untuk bernaung di bawah gr8! Records (sub-label bagi Sony Music Entertainment). Single pertama mereka D-tecnoLife dijadikan lagu pembuka kedua bagi sebuah rancangan anime yang popular di Jepun, BLEACH. Sambutan bagi single ini adalah amat hangat sehingga berjaya dijual sebanyak 103 104 unit dan menduduki tempat ke-99 dalam carta Oricon untuk jualan terbaik single 2005.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar